Kempen Berjalan 10,000 Langkah

Oleh: Nur Izyani Nadhirah binti Hasan

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Kempen ini pada mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006 yang lalu (47.3 % tidak aktif). Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi. Namun begitu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2011 (NHMSIV) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif. Ini secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkah sebagai antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif.

Kini kempen berjalan 10,000 langkah turut diperluaskan kepada semua golongan bagi menjadikan budaya aktif dalam kehidupan sebagai rutin. Antaranya termasuklah pengenalan aspek berjalan kepada warga emas di klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara. Bagi golongan yang bekerja di pejabat, inisiatif turut diambil untuk menggalakkan penggunaan tangga. Kempen media yang dijalankan pada tahun 2011 turut memberi penekanan terhadap hal ini. Penggunaan tangga secara kerap merupakan salah satu cara untuk terus kekal aktif meskipun kita berada di pejabat.

Menurut saya, program ini sangat bagus karena ramai rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan tidak aktif. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi dan bahan-bahan lemak lain di dalam darah mereka.  Ramai juga yang menghidapi darah tinggi. Program ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk hidup aktif sekaligus menjadikan badan lebih sehat.

Referensi

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/projekkhas/10000_langkah.php

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s