National Healthy Lifestyle Programme in Singapore

Oleh: Nur Izyani

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Singapore sejak tahun 1992.  Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang dilakukan adalah untuk promosi healthy eating habits dan bersenam secara rutin. Program ini  juga menggalakkan rakyatnya untuk berhenti merokok, membantu dalam stress management dan mengamalkan hidup yang sihat. Dengan adanya program ini, jumlah perokok semakin berkurang dan lebih ramai rakyat yang berolahraga secara rutin.

sg

Referensi

  1. http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_339_2005-01-06.html
  2. Cutter, J., Tan, B. Y., & Chew, S. K. (2001). Levels of cardiovascular disease risk factors in Singapore following a national intervention programme.Bulletin of the World Health Organization79(10), 908-915.
Advertisements

Kempen Nak Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh: Nur Izyani

Kempen Nak Sihat merupakan salah satu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggalakkan gaya hidup sihat menerusi aktiviti fizikal seperti acara berjalan 10,000 langkah dan pelbagai sukaneka. Kempen Nak Sihat juga menggunakan media massa seperti iklan-iklan di majalah atau televisyen, billboards, school boards untuk memberi kesedaran dan meningkatkan minat belia untuk hidup aktif. Selain itu, KKM juga mempunyai saluran Youtube sendiri untuk mempromosikan gaya hidup sihat.

 

 

Referensi

  1. https://www.youtube.com/watch?v=vrupJEKr2yA
  2. http://www.infosihat.gov.my/infosihat/projekkhas/kempen_nak_sihat.php

Make a difference at your school

Oleh: Nur Izyani

Terdapat  10 strategi yang boleh digunakan untuk menggalakkan anak-anak untuk beraktivitas dan mengamalkan pemakanan yang baik di Sekolah:

Strategy 1: Address physical activity and nutrition through a Coordinated School Health Program (CSHP)

KPH.PNG

 

Strategy 2: Maintain an active school health council and designate a school health coordinator.

  • Mewujudkan school health council (SHC) untuk mengkoordinasi dang mengatur semua polisi kesehatan, program kesehatan dan aktiviti kesehatan di Sekolah.

Strategy 3: Assess the school’s health policies and programs and develop a plan for improvement.

  • Melakukan self-assessment pada setiap program atau aktivitas yang akan, sedang atau sudah dilakukan dan menambah baik jika terdapat kekurangan.

Strategy 4: Strengthen the school’s nutrition and physical activity policies.

  • Menentukan topic dan skill sewaktu health education, jumlah jam untuk physical education, makanan yang dihidangkan di cafeteria dan sebagainya.

Strategy 5: Implement a high-quality health promotion program for school staff.

  • Memastikan agar staf Sekolah juga mengambil bagian dalam assessment kesehatan, kelas nutrisi, aktivitas fisik dan aktivitas kesehatan lainnya.

Strategy 6: Implement a high-quality course of study in health education.

  • Edukasi kesehatan kepada pelajar-pelajar sangat penting karena dari edukasi tersebut boleh mengubah gaya hidup mereka. Selain itu, edukasi kesehatan ini haruslah diajar oleh guru yang berkelayakan.

Strategy 7: Implement a high-quality course of study in physical education.

  • Pelajar-pelajar haruslah mengikuti semua kegiatan fisik yang dilakukan karena mereka bukan saja menjadi aktif malah kegiatan-kegiatan ini membantu membina attitude, skill, keyakinan dan pengetahuan.

Strategy 8: Increase opportunities for students to engage in physical activity.

  • Pihak Sekolah harus membuka banyak peluang agar pelajar-pelajar boleh beraktivitas diluar waktu physical education seperti program Kids Walk-To-School.

Strategy 9: Implement a quality school meals program.

Strategy 10: Ensure that students have appealing, healthy choices in foods and beverages offered outside of the school meals program.

Referensi

Centers for Disease Control. (2013). Make a difference at your school.

http://digitalcommons.hsc.unt.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1030&context=disease

Kempen Berjalan 10,000 Langkah

Oleh: Nur Izyani Nadhirah binti Hasan

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Kempen ini pada mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006 yang lalu (47.3 % tidak aktif). Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi. Namun begitu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2011 (NHMSIV) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif. Ini secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkah sebagai antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif.

Kini kempen berjalan 10,000 langkah turut diperluaskan kepada semua golongan bagi menjadikan budaya aktif dalam kehidupan sebagai rutin. Antaranya termasuklah pengenalan aspek berjalan kepada warga emas di klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara. Bagi golongan yang bekerja di pejabat, inisiatif turut diambil untuk menggalakkan penggunaan tangga. Kempen media yang dijalankan pada tahun 2011 turut memberi penekanan terhadap hal ini. Penggunaan tangga secara kerap merupakan salah satu cara untuk terus kekal aktif meskipun kita berada di pejabat.

Menurut saya, program ini sangat bagus karena ramai rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan tidak aktif. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi dan bahan-bahan lemak lain di dalam darah mereka.  Ramai juga yang menghidapi darah tinggi. Program ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk hidup aktif sekaligus menjadikan badan lebih sehat.

Referensi

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/projekkhas/10000_langkah.php